Thursday, 28 February 2013

Sebab Aku Kurangkan Menyertai Run Event 2013


Tahun 2012 lepas aku mula berjinak-jinak menyertai Run Event ni, kalau tak silap aku dalam bulan Jun 2012 - CK RUN 2012 , Klang. Masa tu aku ambik 5KM jer. Selepas dari tu aku telah terjebak dengan kegiatan larian ni menjadi parah. Dalam masa satu bulan tu sampai 3 run aku sertai (dah tahap ketagih). Cuma satu yang aku dah register tapi tak dapat ikut (Adidas King Of The Road 2012)- masa tu aku ada family trip to Langkawi. So aku jualkan bib ....luckily ada la orang nak beli RM25.00, at least aku dapat save sikit bajet untuk register for next run masa tu. 

dah paling panjang run yang aku ikut ialah Newton Challegence Run ...12Km jer (itu pun mcm nak mampus sampai finishing line). Kalau tak silap aku dari Jun 2012 sampai December 2012 lepas ada 8 run aku ikut...

TAPI untuk Tahun 2013 ni aku telah kurangkan run event aku cuma aku nak tumpukan ke run yang medium panjang dari 10KM - 21KM. Ada beberapa sebab mengapa aku mengurangkan menyertai aktiviti Run tahun ni. Antara sebabnya:
  • Terlalu banyak run di luar Selangor area (malas nak venture jauh2)
  • Fees yang semakin mahal (contoh nya 5KM fees RM40 - RM50) tak berbaloi langsung
  • Organiser yang kurang berpengalaman (berlandaskan pengalaman tahun lepas or info from my runner friends)
  • Hadkan kepada 1 event  untuk satu bulan, TAPI kalau dah ketagih sangat had kepada 2 sajer.
  • Target kepada Run yang besar seperti Newton Run, Brook Half Marathon 2013, Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon, Soloman Run 2013, Penang Bridge International Marathon, BSN Putrajaya Night Marathon 
  • Kekangan kerja or Family matter 

Walaupun aku kurangkan menyertai aktiviti larian ni, tapi aku akan terus training for next run event.  

Wednesday, 27 February 2013

1Million Women Purple Walk 2013



Date: 10 March 2013 (Ahad)
Venue: Dataran Putrajaya, Putrajaya & Seluruh Negara
Time: 1600hrs (4.00pm)

Kedah: Perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar
Perlis: Perkarangan Dataran Dato Sheikh Ahmad, Kangar
Kelantan: Dataran Lembah Sireh, Kota Bharu
Terengganu: Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu
N. Sembilan: Padang Perbandaran Seremban
W.P Labuan: Dari Kompleks Sukan Laut ke Dataran Labuan
Perak: Perkarangan Stadium Perak
Johor: Kota Iskandar
Pahang: Padang FA Jerantut
Pulau Pinang: Politeknik Seberang Perai
Sabah: Dataran Bandaraya Kota Kinabalu
Melaka: MITC Ayer Keroh
Sarawak: Kuching
Selangor: UiTM Shah Alam

More Details: Secretariat (KPWKM) +603-83231538/1539/1540/1548
 or website:http://www.kpwkm.gov.my


SUNWAY THE GOOD RUN 2017

RACE DETAILS: DATE: 29th October (Sunday) CATEGORY : 15KM Competitive and 5KM Fun Run / Fancy Dress START TIME : 15KM - 0630a...